Hari ini jika kita terbaca dalam akhbar nasional satu usaha hendak merobohkan sebuah rumah Allah iaitu Masjid Al-Falah di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Sebagai umat Islam yang mendokong kesucian masjid dimana umat Islam menunaikan perintah agama bersolat lima waktu sehari semalam di dalamnya, ia amat mendukacitakan dan amat terkutuk di kaca mata Islam itu sendiri. Mungkin kita boleh terima jika surau atau masjid ini mempunyai perkara yang bertentangan dengan agama Islam, tetapi jika surau ini sentiasa diimarahkan oleh jemaah dan masyarakat di situ apakah patut ia mahu dirobohkan. Ini hanya akan menarik murka Allah SWT.
Umat Islam kini terlalu keliru, agama Islam mengajarkan untuk melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara mungkar. Jadi apabila rumah Allah tempat ibadat umat Islam mahu dirobohkan, lebih baik usaha merobohkan semua tempat maksiat kelab-kelab malam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di ibu Negara Kuala Lumpur. Dan ini akan dipandang sikap terpuji dan akan mendapat reaksi baik rakyat, insyaAllah.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment