Gambar hiasan: Surau Al-Hidayah, Rawang, Selangor.
Apakah tempat yang paling mulia di atas bumi ini? Apakah binaan yang paling suci di atas bumi ini? Apakah tanah yang paling betuah di atas bumi ini?
Sekiranya manusia dan hamba-Mu itu tahu akan hakikat itu, maka ia akan tumbuh di segenap pelusuk bumi ini. Apakah tempat, binaan dan tanah itu? Iaitulah tempat manusia sekalian bersujud mengabdikan diri kepada Allah SWT Yang Maha Besar. Tanah pun saling bangga membangga keatas tanah yang lain desebabkan ia menjadi tapak rumah Allah.
Namun, amat menyedihkan apabila terdengar rumah-rumah Allah dirobohkan dan dimusnahkan. Sesetengahnya, terdapat tanah surau atau masjid ini tergamak dijualkan kepada pihak lain semata-mata untuk keuntungan dunia tanpa memikirkan kepentingan Islam dan jamaah kariah di situ.
Yang paling menyedihkan lagi, surau atau masjid tersebut dirobohkan oleh manusia yang mengaku beragama Islam tetapi amalan bertentangan dengan ajaran dan syariat agama itu sendiri. Perkara ini seolah-olah tidak asing lagi pada akhir zaman ini, malah ada yang melakukannya dengar gelak ketawa tanpa ada rasa bersalah kepada Rabb yang menciptakannya.
No comments:
Post a Comment