Masjidkini berhasrat ingin melihat masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan bersatu melalui pendekatan jaringan komunikasi, baik di peringkat daerah, negeri dan seterusnya seluruh Negara. Oleh kerana ini memerlukan sokongan yang kuat dan komitmen yang tinggi, Masjidkini akan sentiasa berusaha ke arah itu. Semoga Dia menunjukkan jalannya dan mempermudahkannya. InsyaAllah, Amin.
Mudah-mudahan melalui inisiatif ini ia akan menjadi titik tolak dalam usaha memperluaskan skop institusi masjid itu sendiri dan bukannya hanya tempat beribadah khususi solat lima waktu sehari semalam semata-mata, malah lebih daripada itu. Institusi ini seharusnya dapat menjalankan aktiviti umumi kepada masyarakat sekeliling. Cara dan pendekatannya mungkin bergantung kepada sesebuah kariah dan masjid yang mana ia seharusnya berlandaskan syariat Islam (Al-Quran dan Hadith).
Masjidkini melihat jika ini dapat direalisasikan maka tidak mustahil sesebuah kariah atau kawasan itu menjadi barokah dan harmoni disamping masyarakatnya yang berilmu dan bertaqwa. Ia sekaligus dapat membantu pihak berwajib dalam membanteras masalah sosial yang kini amat membimbangkan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment