Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W., juga kepada ahli keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat Baginda dan juga sesiapa sahaja yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W.

Sunday, December 5, 2010

Pembuka kata

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Dengan limpah rahmatnya, ana amat bersyukur kerana diberi ilham dan kekuatan dalam merealisasikan laman blog ini yang menjurus ke arah cara hidup beragama iaitu Islam. Laman blog yang baru diterbitkan ini iaitu Masjidkini sebenarnya sudah lama diilhamkan cuma baru sekali ini diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk melancarkannya.
Masjidkini pada dasarnya lebih tertumpu dalam membicarakan kepada hal-hal institusi masjid, surau atau musolla. Secara spesifiknya, foto-foto masjid akan dimuat-turunkan ke dalam blog ini seterusnya segala informasi berkaitan masjid tersebut akan dikongsikan kepada pengunjung sekalian. Masjidkini cuba sedaya upaya dalam mendapatkan informasi terkini dan tepat terus daripada AJK masjid agar kedua-duanya iaitu pihak masjid dan pengunjung blog sekalian masing-masing mendapat faedah darinya.
Agar ianya saling lengkap-melengkapi dan lebih menarik, sudah tentu Masjidkini mengalu-alukan daripada pengunjung untuk memberikan sebarang komen membina agar semua yang berkunjung mahupun pihak masjid dapat berkomunikasi lebih lanjut sekaligus membina ukhuwwah silaturrahim sesame saudara Islam.
Masjidkini juga berharapkan agar melalui mekanisma ini (blog ini), pihak yang berkemampuan dapat menginfakkan atau beramal jariah baik berupa matawang, tenaga, pandangan dan sebagainya demi untuk kepentingan ummah dan pembangunan dunia Islam.
Semoga dengan niat dan usaha murni, iman dan amal kita semua diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala seterusnya digolongkan ke dalam orang-orang yang Berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Amin Ya Robbal Alamin.

No comments:

Post a Comment