Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W., juga kepada ahli keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat Baginda dan juga sesiapa sahaja yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W.

Thursday, December 9, 2010

Nilai tanah Makkah tertinggi didunia.?

Pernahkah saudara terfikir berapakah harga sebidang tanah sekarang di Kota Makkah Al-Mukarramah? Berikut adalah laporan sebuah akhbar dan sebagai jawapan.

MAKKAH: Harga tanah sebesar semeter persegi di beberapa kawasan di Makkah kini didakwa mencecah 500,000 riyal ($188,560) dan ia dijangka meningkat lagi selari dengan projek pembesaran Masjidil Haram.
'Harga tanah meningkat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek pembesaran Masjidil Haram yang bertujuan meningkatkan kapasiti jemaah.
'Nilai tanah di sekitar Masjidil Haram kini terlalu mahal, apatah lagi yang terletak berhampiran dengannya. Malah ia kini lebih bernilai daripada emas dan berlian,' kata pelabur hartanah, Encik Ahmad Al-Ghamdi.
Beliau menyatakan, pelabur tetap berlumba-lumba mahu memiliki tanah di sekitar kawasan itu kerana pulangan lumayan yang bakal mereka perolehi.
'Jutaan umat Islam membanjiri bandar ini sepanjang tahun dan atas sebab itu Makkah memerlukan lebih banyak bangunan untuk memenuhi keperluan mereka,' tambah beliau.
Pada masa yang sama, nilai tanah di kawasan yang berjauhan dengan Masjidil Haram turut dilapor meningkat akibat projek pembesaran itu.
'Permintaan membeli rumah oleh penduduk Makkah kini meningkat lebih daripada 54 peratus.
'Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada permintaan di bandar lain dengan peningkatan purata hanya 2.5 peratus setiap tahun,' kata Encik Ahmad lagi.
Jurunilai hartanah, Encik Ibrahim Abdul Halim, bagaimanapun berkata peningkatan permintaan kediaman di Makkah tidak memeranjatkan kerana bandar itu amat penting buat umat Islam.
'Selain pengunjung dan jemaah, Makkah memiliki lebih 688,000 penduduk termasuk 137,000 keluarga,' katanya.
Beliau menyatakan keluarga di Makkah sahaja memerlukan 88,600 apartmen dan 13,700 rumah.
'Untuk beberapa tahun lagi, penduduk memerlukan lebih 35,000 apartmen dengan nilai pelaburan lebih 12 bilion riyal dan kira-kira 2,500 vila dan rumah bernilai lebih 14 bilion riyal,' katanya lagi.
Bagi memenuhi permintaan dan membina apartmen dan juga rumah yang diperlukan, Makkah memerlukan kira-kira 13 juta meter persegi tanah kosong.
Sementara itu, pampasan kepada pemilik bangunan yang dimusnahkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram kini mencecah lebih 40 bilion riyal. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment