Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W., juga kepada ahli keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat Baginda dan juga sesiapa sahaja yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W.

Friday, December 24, 2010

Syabas! Maher Zain...

Maher Zain kelahiran Lubnan, siapa yang tidak kenal terutamanya para peminat lagu atau nasyid Islami. Nama beliau kini sudah tersebar ke seluruh dunia dengan dendangan lagunya yang tengah hit iaitu 'InsyaAllah'.

Kemerduan suara beliau memang tiada tandingan dengan irama lagunya yang agak terkini dan mengasyikkan, begitulah komen-komen dari kebanyakan anak-anak muda yang meminatinya. Tidak kurang juga orang dewasa, kanak-kanak maupun golongan tua. Liriknya yang agak mudah dan dicampur dengan bahasa Arab memang sungguh unik dan mengasyikkan.

Diharap dengan adanya lagu-lagu alternatif sebegini yang mendekatkan manusia dengan Allah SWT (makhluk dengan Rabb yang Menciptakan) golongan yang tersasar dan jauh dari ajaran agama Islam dapat kembali semula dan bermuhasabah diri dengan lagu dan liriknya yang amat sesuai untuk semua golongan dan keadaan.

Syabas Maher Zain.

Wallahua'lam.

Salam Jumaat Ya Muslimin & Muslimah...

Salam Hari Jumaat kepada pengunjung blog ini.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana msih diberikan kesempatan kepada kita yang masih hidup didunia ini bagi mengabdikan diri sebagai seorang hamba-Nya. Dan yang kita ketahui setiap hari, tiada jaminan kita akan masih bernyawa hidup atas bumi Allah ini pada jumaat yang akan datang sekalipun pada esok hari. Subhanallah, Maha Suci Engkau Ya Allah.

Semoga hari yang mulia dan berkat ini dimanfaatkan sebaiknya untuk beribadah kepada-Nya. Semoga hari ini juga amalan kita lebih baik dari semalam. InsyaAllah, amin.

Tergamaknya Hamba-Mu...

Gambar hiasan:  Surau Al-Hidayah, Rawang, Selangor.

Apakah tempat yang paling mulia di atas bumi ini? Apakah binaan yang paling suci di atas bumi ini? Apakah tanah yang paling betuah di atas bumi ini?

Sekiranya manusia dan hamba-Mu itu tahu akan hakikat itu, maka ia akan tumbuh di segenap pelusuk bumi ini. Apakah tempat, binaan dan tanah itu? Iaitulah tempat manusia sekalian bersujud mengabdikan diri kepada Allah SWT Yang Maha Besar. Tanah pun saling bangga membangga keatas tanah yang lain desebabkan ia menjadi tapak rumah Allah.

Namun, amat menyedihkan apabila terdengar rumah-rumah Allah dirobohkan dan dimusnahkan. Sesetengahnya, terdapat tanah surau atau masjid ini tergamak dijualkan kepada pihak lain semata-mata untuk keuntungan dunia tanpa memikirkan kepentingan Islam dan jamaah kariah di situ. 

Yang paling menyedihkan lagi, surau atau masjid tersebut dirobohkan oleh manusia yang mengaku beragama Islam tetapi amalan bertentangan dengan ajaran dan syariat agama itu sendiri. Perkara ini seolah-olah tidak asing lagi pada akhir zaman ini, malah ada yang melakukannya dengar gelak ketawa tanpa ada rasa bersalah kepada Rabb yang menciptakannya. 

Saturday, December 11, 2010

Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam mau diroboh..?

Hari ini jika kita terbaca dalam akhbar nasional satu usaha hendak merobohkan sebuah rumah Allah iaitu Masjid Al-Falah di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Sebagai umat Islam yang mendokong kesucian masjid dimana umat Islam menunaikan perintah agama bersolat lima waktu sehari semalam di dalamnya, ia amat mendukacitakan dan amat terkutuk di kaca mata Islam itu sendiri. Mungkin kita boleh terima jika surau atau masjid ini mempunyai perkara yang bertentangan dengan agama Islam, tetapi jika surau ini sentiasa diimarahkan oleh jemaah dan masyarakat di situ apakah patut ia mahu dirobohkan. Ini hanya akan menarik murka Allah SWT.
Umat Islam kini terlalu keliru, agama Islam mengajarkan untuk melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara mungkar. Jadi apabila rumah Allah tempat ibadat umat Islam mahu dirobohkan, lebih baik usaha merobohkan semua tempat maksiat kelab-kelab malam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di ibu Negara Kuala Lumpur. Dan ini akan dipandang sikap terpuji dan akan mendapat reaksi baik rakyat, insyaAllah.
Wallahua’lam.

Thursday, December 9, 2010

Nilai tanah Makkah tertinggi didunia.?

Pernahkah saudara terfikir berapakah harga sebidang tanah sekarang di Kota Makkah Al-Mukarramah? Berikut adalah laporan sebuah akhbar dan sebagai jawapan.

MAKKAH: Harga tanah sebesar semeter persegi di beberapa kawasan di Makkah kini didakwa mencecah 500,000 riyal ($188,560) dan ia dijangka meningkat lagi selari dengan projek pembesaran Masjidil Haram.
'Harga tanah meningkat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek pembesaran Masjidil Haram yang bertujuan meningkatkan kapasiti jemaah.
'Nilai tanah di sekitar Masjidil Haram kini terlalu mahal, apatah lagi yang terletak berhampiran dengannya. Malah ia kini lebih bernilai daripada emas dan berlian,' kata pelabur hartanah, Encik Ahmad Al-Ghamdi.
Beliau menyatakan, pelabur tetap berlumba-lumba mahu memiliki tanah di sekitar kawasan itu kerana pulangan lumayan yang bakal mereka perolehi.
'Jutaan umat Islam membanjiri bandar ini sepanjang tahun dan atas sebab itu Makkah memerlukan lebih banyak bangunan untuk memenuhi keperluan mereka,' tambah beliau.
Pada masa yang sama, nilai tanah di kawasan yang berjauhan dengan Masjidil Haram turut dilapor meningkat akibat projek pembesaran itu.
'Permintaan membeli rumah oleh penduduk Makkah kini meningkat lebih daripada 54 peratus.
'Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada permintaan di bandar lain dengan peningkatan purata hanya 2.5 peratus setiap tahun,' kata Encik Ahmad lagi.
Jurunilai hartanah, Encik Ibrahim Abdul Halim, bagaimanapun berkata peningkatan permintaan kediaman di Makkah tidak memeranjatkan kerana bandar itu amat penting buat umat Islam.
'Selain pengunjung dan jemaah, Makkah memiliki lebih 688,000 penduduk termasuk 137,000 keluarga,' katanya.
Beliau menyatakan keluarga di Makkah sahaja memerlukan 88,600 apartmen dan 13,700 rumah.
'Untuk beberapa tahun lagi, penduduk memerlukan lebih 35,000 apartmen dengan nilai pelaburan lebih 12 bilion riyal dan kira-kira 2,500 vila dan rumah bernilai lebih 14 bilion riyal,' katanya lagi.
Bagi memenuhi permintaan dan membina apartmen dan juga rumah yang diperlukan, Makkah memerlukan kira-kira 13 juta meter persegi tanah kosong.
Sementara itu, pampasan kepada pemilik bangunan yang dimusnahkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram kini mencecah lebih 40 bilion riyal. -- Agensi.

Wednesday, December 8, 2010

Imam-Imam Masjidil Haram

Imam-imam Masjidil Haram:


1. Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais ( عبد الرحمن السديس  sebagai Imam Besar Masjidil Haram.


2. Sheikh Dr. Saud Al-Shuraim ( سعود بن إبراهيم الشريم ) sebagai Timbalan Imam Besar Masjidil Haram. Beliau juga ialah selaku Hakim Mahkamah Tinggi Makkah.

Imam-imam lain termasuklah Sheikh Abdullah Awad Al Juhainy, Sheikh Maher Al Mueaqly, Sheikh Khaled Al Ghamdi, Sheikh Dr. Salih bin Abdullah Al Humaid, Usaama bin Abdullah Al Khayyat, Sheikh Dr. Salih Al-Talib dan Sheikh Faisal Al Ghazzawi.  
Imam-imam akan bergilir-gilir menjadi Imam melalui sistem dikenali sebagai Rota. Ia bertujuan untuk memutuskan siapakah Imam yang bertugas sejak awal-awal lagi agar sistem lebih teratur.

Tuesday, December 7, 2010

Cita-cita: Ma'ahad Tahfiz


Masjidkini juga mempunyai cita-cita dalam menubuhkan madrasahdan pusat tahfiz di suatu kawasan atau di setiap daerah bagi melahirkan generasi Al-Quran (Al-Hafiz dan Al-Hafizah) agar dengan usaha ini dapat membimbing generasi masa depan melalui ikatan ukhuwwah masjid-
masjid setempat.
Usaha yang murni ini sememangnya memerlukan dana secukupnya disamping komitmen orang yang hendak mengendalikannya. Oleh itu, Masjidkini amat mengalu-alukan mana-mana pihak seperti pihak kerajaan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan Islam maupun orang perseorangan memberikan sokongan serta dapat menghulurkan sumbangan ikhlas mengikut kemampuan. InsyaAllah.

Jazakallahu kathiran.

Salam Maal Hijrah 1432H

Selamat menyambut Tahun Baru Islam bersempena sambutan Maal Hijrah pada 1hb Muharram 1432 Hijriyyah iaitu bersamaan dengan 7hb Disember 2010 Tahun Masihi.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, marilah kita sama memasang niat dan berazam untuk meningkatkan taqwa, iman serta amal ibadah kita seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan cara mengikuti Sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW.

                                   وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.  Surah Az-Zariyat Ayat 56.

Mudah-mudahan juga segala dosa yang terdahulu diampunkan oleh Allah SWT dan segala amal ibadah dan baik kita diterima oleh Allah SWT. Mudah-mudahan juga hijrah kita kali ini hijrah yang dari buruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1432H.

Monday, December 6, 2010

Azam & Inisiatif


Masjidkini berhasrat ingin melihat masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan bersatu melalui pendekatan jaringan komunikasi, baik di peringkat daerah, negeri dan seterusnya seluruh Negara. Oleh kerana ini memerlukan sokongan yang kuat dan komitmen yang tinggi, Masjidkini akan sentiasa berusaha ke arah itu. Semoga Dia menunjukkan jalannya dan mempermudahkannya. InsyaAllah, Amin.
Mudah-mudahan melalui inisiatif ini ia akan menjadi titik tolak dalam usaha memperluaskan skop institusi masjid itu sendiri dan bukannya hanya tempat beribadah khususi solat lima waktu sehari semalam semata-mata, malah lebih daripada itu. Institusi ini seharusnya dapat menjalankan aktiviti umumi kepada masyarakat sekeliling. Cara dan pendekatannya mungkin bergantung kepada sesebuah kariah dan masjid yang mana ia seharusnya berlandaskan syariat Islam (Al-Quran dan Hadith).
Masjidkini melihat jika ini dapat direalisasikan maka tidak mustahil sesebuah kariah atau kawasan itu menjadi barokah dan harmoni disamping masyarakatnya yang berilmu dan bertaqwa. Ia sekaligus dapat membantu pihak berwajib dalam membanteras masalah sosial yang kini amat membimbangkan. InsyaAllah.

Sunday, December 5, 2010

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah






 

Masjidil Haram (Kaabah), Makkah




Memakmurkan masjid


Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

At-Taubah : Ayat - 18.

Pembuka kata

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Dengan limpah rahmatnya, ana amat bersyukur kerana diberi ilham dan kekuatan dalam merealisasikan laman blog ini yang menjurus ke arah cara hidup beragama iaitu Islam. Laman blog yang baru diterbitkan ini iaitu Masjidkini sebenarnya sudah lama diilhamkan cuma baru sekali ini diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk melancarkannya.
Masjidkini pada dasarnya lebih tertumpu dalam membicarakan kepada hal-hal institusi masjid, surau atau musolla. Secara spesifiknya, foto-foto masjid akan dimuat-turunkan ke dalam blog ini seterusnya segala informasi berkaitan masjid tersebut akan dikongsikan kepada pengunjung sekalian. Masjidkini cuba sedaya upaya dalam mendapatkan informasi terkini dan tepat terus daripada AJK masjid agar kedua-duanya iaitu pihak masjid dan pengunjung blog sekalian masing-masing mendapat faedah darinya.
Agar ianya saling lengkap-melengkapi dan lebih menarik, sudah tentu Masjidkini mengalu-alukan daripada pengunjung untuk memberikan sebarang komen membina agar semua yang berkunjung mahupun pihak masjid dapat berkomunikasi lebih lanjut sekaligus membina ukhuwwah silaturrahim sesame saudara Islam.
Masjidkini juga berharapkan agar melalui mekanisma ini (blog ini), pihak yang berkemampuan dapat menginfakkan atau beramal jariah baik berupa matawang, tenaga, pandangan dan sebagainya demi untuk kepentingan ummah dan pembangunan dunia Islam.
Semoga dengan niat dan usaha murni, iman dan amal kita semua diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala seterusnya digolongkan ke dalam orang-orang yang Berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Amin Ya Robbal Alamin.