Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W., juga kepada ahli keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat Baginda dan juga sesiapa sahaja yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W.

Thursday, January 6, 2011

Baitullah

Makkah Al-Mukarramah:
Longitud:             21o 25’ 19”N
Altitud:                 39o 49’ 46”E
Ketinggian:         Sekitar 300 meter dari aras laut.
Makkah juga dianggap sebagai titik pusat dunia (Center of the World). Sepertimana dalam kitab-kitab riwayat kedudukan Makkah di permukaan bumi ini selari dengan Arasy Allah SWT. Wallahua’lam.
Allah SWT telah memilih Kota Makkah sebagai tempat pembinaan rumah-Nya yang pertama iaitu Kaabah didalam Masjidil Al-Haram. Sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya rumah yang mula dibangunkan untuk (tempat beribadah) bagi manusia ialah Baitullah yang terletak di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi sekalian manusia”.
Ali Imran : Ayat 96.
Namun golongan anti-hadith yang banyak mempersoalkan dan mempersendakan Baitullah (Kaabah) ini sebagai batu berhala sembahan manusia dan menganggap ia adalah suatu mitos orang Arab yang menipu dan menyesatkan manusia. Kepada golongan ini, harus bertanggungjawab dan silalah rujuk Kitabullah surah dan ayat seperti diatas bagi menyangkal ideologi golongan sesat tersebut.

Friday, December 24, 2010

Syabas! Maher Zain...

Maher Zain kelahiran Lubnan, siapa yang tidak kenal terutamanya para peminat lagu atau nasyid Islami. Nama beliau kini sudah tersebar ke seluruh dunia dengan dendangan lagunya yang tengah hit iaitu 'InsyaAllah'.

Kemerduan suara beliau memang tiada tandingan dengan irama lagunya yang agak terkini dan mengasyikkan, begitulah komen-komen dari kebanyakan anak-anak muda yang meminatinya. Tidak kurang juga orang dewasa, kanak-kanak maupun golongan tua. Liriknya yang agak mudah dan dicampur dengan bahasa Arab memang sungguh unik dan mengasyikkan.

Diharap dengan adanya lagu-lagu alternatif sebegini yang mendekatkan manusia dengan Allah SWT (makhluk dengan Rabb yang Menciptakan) golongan yang tersasar dan jauh dari ajaran agama Islam dapat kembali semula dan bermuhasabah diri dengan lagu dan liriknya yang amat sesuai untuk semua golongan dan keadaan.

Syabas Maher Zain.

Wallahua'lam.

Salam Jumaat Ya Muslimin & Muslimah...

Salam Hari Jumaat kepada pengunjung blog ini.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana msih diberikan kesempatan kepada kita yang masih hidup didunia ini bagi mengabdikan diri sebagai seorang hamba-Nya. Dan yang kita ketahui setiap hari, tiada jaminan kita akan masih bernyawa hidup atas bumi Allah ini pada jumaat yang akan datang sekalipun pada esok hari. Subhanallah, Maha Suci Engkau Ya Allah.

Semoga hari yang mulia dan berkat ini dimanfaatkan sebaiknya untuk beribadah kepada-Nya. Semoga hari ini juga amalan kita lebih baik dari semalam. InsyaAllah, amin.

Tergamaknya Hamba-Mu...

Gambar hiasan:  Surau Al-Hidayah, Rawang, Selangor.

Apakah tempat yang paling mulia di atas bumi ini? Apakah binaan yang paling suci di atas bumi ini? Apakah tanah yang paling betuah di atas bumi ini?

Sekiranya manusia dan hamba-Mu itu tahu akan hakikat itu, maka ia akan tumbuh di segenap pelusuk bumi ini. Apakah tempat, binaan dan tanah itu? Iaitulah tempat manusia sekalian bersujud mengabdikan diri kepada Allah SWT Yang Maha Besar. Tanah pun saling bangga membangga keatas tanah yang lain desebabkan ia menjadi tapak rumah Allah.

Namun, amat menyedihkan apabila terdengar rumah-rumah Allah dirobohkan dan dimusnahkan. Sesetengahnya, terdapat tanah surau atau masjid ini tergamak dijualkan kepada pihak lain semata-mata untuk keuntungan dunia tanpa memikirkan kepentingan Islam dan jamaah kariah di situ. 

Yang paling menyedihkan lagi, surau atau masjid tersebut dirobohkan oleh manusia yang mengaku beragama Islam tetapi amalan bertentangan dengan ajaran dan syariat agama itu sendiri. Perkara ini seolah-olah tidak asing lagi pada akhir zaman ini, malah ada yang melakukannya dengar gelak ketawa tanpa ada rasa bersalah kepada Rabb yang menciptakannya.